Dari ASB dividen 5.75% hingga REIT yield 8.7% — panduan lengkap 8 kaedah pasif income di Malaysia. Modal minimum RM10. Sesuai untuk semua peringkat pendapatan.
✅ Kesimpulan Ringkas
Pasif income terbaik Malaysia 2026 = labur dalam ASB 5.75%/tahun (Bumiputera, modal RM10), dividen saham/REIT 4–8%/tahun (bebas cukai, semua warganegara), dan simpan tunai dalam GXBank Bonus Pocket 4%/tahun (PIDM, boleh keluarkan bila-bila masa). Modal minimum RM10.
Disusun mengikut risiko (rendah ke tinggi). Sumber: BNM, Bursa Malaysia, ASNB.
Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah dana pelaburan terbaik untuk Bumiputera — modal 100% dijamin kerajaan, dividen 5.75% (2024), lebih tinggi daripada mana-mana FD. Melabur via app myASNB atau Maybank2u.
Saham dividen seperti Maybank (5.9%), Public Bank, Petronas Gas (7.1%), dan Gas Malaysia (7.2%) membayar dividen dua kali setahun. Dividen saham Malaysia BEBAS cukai di tangan pelabur. Beli via moomoo atau FSMOne.
Real Estate Investment Trust (REIT) = melabur dalam hartanah tanpa beli hartanah. KLCC REIT yield ~4.4%, Pavilion REIT 6.9%, Al-Aqar REIT 7.4%. Dividen REIT dikecualikan cukai untuk pelabur individu. Min 1 lot (100 unit).
Unit trust (amanah saham) membolehkan anda melabur dalam porfolio saham yang diuruskan pengurus profesional. Beli via FSMOne pada 0% sales charge — bank mengenakan 3–5.5%. Dana ekuiti pulangan purata 7–10% jangka panjang.
FD promosi terbaik Malaysia 2026: CIMB TIA-i 3.70%, AmBank 3.70%, RHB 3.65%. Dilindungi PIDM sehingga RM250,000. Sesuai untuk dana kecemasan atau pelabur yang tidak boleh menanggung risiko.
GXBank Bonus Pocket menawarkan sehingga 4% p.a. (promosi) tanpa had minimum — lebih tinggi daripada kebanyakan FD bank konvensional. Wang mudah dikeluarkan bila-bila masa. Dilindungi PIDM. Tiada komitmen tempoh.
Malaysian Government Securities (MGS) dan Government Investment Issues (GII/Sukuk) adalah instrumen hutang kerajaan Malaysia. Yield semasa 3.8–4.2% p.a. Beli melalui FSMOne atau bank pilihan anda. Lebih selamat daripada saham.
Platform SC-berlesen seperti Funding Societies, FundedByMe, dan pitchIN membolehkan anda meminjamkan wang kepada perniagaan kecil atau melabur dalam syarikat baru. Pulangan lebih tinggi, tetapi risiko gagal bayar wujud. Sesuai hanya untuk sebahagian kecil portfolio.
Semua pulangan adalah anggaran purata. Pulangan sebenar bergantung pada keadaan pasaran dan tempoh pelaburan.
| Kaedah | Pulangan | Min Modal |
|---|---|---|
| ASB / ASNB | 5.75% | RM10 |
| Dividen Saham | 4–8% | RM100–200 |
| REIT Malaysia | 4.4–8.7% | RM100–500 |
| Unit Trust | 3–7% | RM100 |
| Fixed Deposit | 2.5–3.8% | RM1,000 |
| GXBank Savings | hingga 4% | RM1 |
| MGS / Sukuk | 3.8–4.2% | RM1,000 |
| P2P Lending | 8–15% | RM50 |
Sumber: ASNB (dividen ASB 2024), Bursa Malaysia (yield REIT 2026), BNM (kadar FD & OPR). Data dikemas kini Jun 2026.
Pilihan yang memerlukan masa atau usaha minimum — bukan wang.
Guna kad kredit cashback untuk perbelanjaan harian — maksimum 1–8% cashback. Bayar penuh setiap bulan, langkah pertama pasif income.
GXBank Referral Code OOIY691 = RM225 percuma apabila daftar. RytBank = RM50 percuma. Modal sifar, hanya masa untuk daftar.
Daftar program affiliate Shopee — dapat komisyen 3–8% setiap jualan dari link anda. Kongsi dalam group WhatsApp / Instagram.
Buat content tentang topik yang anda tahu — AdSense, affiliate link, dan sponsored post boleh jana RM500–RM5,000/bulan setelah 12–24 bulan konsisten.
Plus up to RM1,800 in new user rewards. SC Malaysia licensed. Invest in US, HK & Bursa stocks from one app.
Monthly DCA growth at 10% p.a. (S&P 500 hist avg)
| Monthly | 10 yrs | 20 yrs | 30 yrs |
|---|---|---|---|
| RM300/mo | RM61k | RM228k | RM678k |
| RM500/mo | RM102k | RM380k | RM1.13M |
| RM531/mo | RM109k | RM404k | RM1.2M |
*Complete deposit & first trade via this link to track rewards · T&Cs apply · RM100 coupon ≥RM1,000 deposit · AAPL stock ≥RM30,000 deposit.
RM1,000/bulan = RM12,000/tahun pendapatan pasif. Kira balik berapa modal diperlukan pada pelbagai kadar pulangan:
| Kaedah | Pulangan/tahun | Modal Diperlukan |
|---|---|---|
| ASB / ASNB | 5.75% | RM208,696 |
| REIT (yield rendah) | 5% | RM240,000 |
| REIT (yield sederhana)(sasaran realistik) | 6% | RM200,000 |
| REIT (yield tinggi) | 8% | RM150,000 |
| Dividen Saham | 6% | RM200,000 |
| FD / Digital Bank | 3.8% | RM315,789 |
Jika anda mula simpan dan melabur RM500/bulan pada pulangan purata 6% setahun (gabungan REIT + unit trust):
*Unjuran berdasarkan pulangan modal 6% p.a. dengan reinvest dividen. Pulangan sebenar berbeza mengikut pelaburan dan keadaan pasaran.
🏆 Kempen Pandu Impianmu 2.0
Setiap RM500 dilaburkan = 1 tiket cabutan. Labur via app myASNB = 2× tiket. Guna kod GENLABUR semasa melabur.
| Cabutan | Hadiah Utama |
|---|---|
| Draw 1 (kini–Sep 2026) | Proton e.Mas 7 PHEV + 3x Bezza 1.3X |
| Grand Draw (kini–Mac 2027) | BMW 320i M Sport + 3x Bezza 1.3X |
Dan jangan lupa — simpanan anda membesar:
| Simpan/bln | 10 thn | 20 thn | 30 thn |
|---|---|---|---|
| RM500 | RM80k | RM224k | RM479k |
| RM1,000 | RM161k | RM449k | RM959k |
| RM1,044 | RM168k | RM469k | RM1.0M |
Kod rujukan ZP3HXD disalin automatik apabila klik — taip semasa daftar untuk RM10. Guna kod kempen GENLABUR semasa melabur untuk 2× tiket.
*Unjuran berdasarkan dividen ~5.75% p.a. Dividen tidak dijamin tetapi konsisten sejak 2012. Kempen Pandu Impianmu 2.0 hingga Mac 2027.
Jangan tunggu gaji besar untuk mula melabur. Berikut adalah pelan permulaan realistik untuk pendapatan RM2,000–4,000/bulan:
Mulakan dengan RM10 dalam ASB. Setiap sen yang dilaburkan mendapat dividen 5.75% — sama ada RM10 atau RM100,000. Tiada minimum bulanan yang ditetapkan.
Letakkan wang simpanan yang belum dilaburkan dalam GXBank Bonus Pocket (hingga 4% p.a., PIDM). Lebih baik daripada biarkan dalam akaun semasa.
1 lot REIT = 100 unit. Harga purata RM1.50–5.00/unit = modal RM150–500 untuk 1 lot. Terima dividen suku tahun terus ke akaun bank.
Daftar FSMOne (0% sales charge), set auto-debit RM100/bulan ke dana ekuiti Malaysia atau global. Biarkan selama 10–20 tahun.
Advertisement