CMCalculator Malaysia

Kelayakan Loan Rumah Mengikut Gaji 2026: Kalkulator & Jadual

Berapa loan rumah yang anda layak? Dengan gaji kasar RM3,000 dan tiada hutang lain, anda layak kira-kira RM358,000; dengan gaji RM5,000, kira-kira RM583,000. Kiraan ini guna gaji bersih, DSR 60%, tempoh 35 tahun dan kadar 4%. Masukkan gaji dan komitmen anda di bawah untuk angka anda sendiri.

Kalkulator kelayakan loan rumah

Had DSR bank

Anggaran pinjaman maksimum

RM402,925

Harga rumah sehingga kira-kira RM447,694 dengan pembiayaan 90%, tempoh 35 tahun, ansuran RM1,784 sebulan.

Gaji bersih (anggaran)

RM4,307

KWSP RM550 ยท PERKESO+SIP RM35 ยท PCB RM108

DSR sekarang (sebelum loan rumah)

19%

Selepas loan: 60%

Jika bank uji pada kadar 5.00%

RM353,496

Ada bank kira dengan kadar lebih tinggi

Ansuran untuk harga rumah biasa (35 tahun, 4%):

  • Rumah RM300,000 (pinjaman RM270,000): RM1,195 sebulan โœ… dalam had
  • Rumah RM500,000 (pinjaman RM450,000): RM1,992 sebulan โŒ melebihi had
  • Rumah RM700,000 (pinjaman RM630,000): RM2,789 sebulan โŒ melebihi had
Kongsi di WhatsApp

Jadual kelayakan loan rumah mengikut gaji: RM2,000 hingga RM15,000

Umur 30, tempoh 35 tahun, kadar 4%, pembiayaan 90%. Lajur "dengan komitmen" anggap anda sudah bayar RM800 sebulan untuk kereta atau pinjaman lain.

Gaji kasarGaji bersihAnsuran maks (DSR 60%)Loan maks (60%)Loan maks (70%)Dengan komitmen RM800 (60%)Harga rumah (60%)
RM2,000RM1,766RM1,060RM239,000RM279,000RM58,000RM265,000
RM2,500RM2,208RM1,325RM299,000RM348,000RM118,000RM332,000
RM3,000RM2,649RM1,589RM358,000RM418,000RM178,000RM398,000
RM3,500RM3,090RM1,854RM418,000RM488,000RM237,000RM465,000
RM4,000RM3,516RM2,110RM476,000RM555,000RM295,000RM529,000
RM5,000RM4,307RM2,584RM583,000RM680,000RM402,000RM648,000
RM6,000RM5,094RM3,056RM690,000RM805,000RM509,000RM766,000
RM7,000RM5,869RM3,522RM795,000RM927,000RM614,000RM883,000
RM8,000RM6,569RM3,942RM890,000RM1,038,000RM709,000RM989,000
RM10,000RM7,936RM4,762RM1,075,000RM1,254,000RM894,000RM1,194,000
RM12,000RM9,216RM5,530RM1,248,000RM1,457,000RM1,068,000RM1,387,000
RM15,000RM11,136RM6,682RM1,509,000RM1,760,000RM1,328,000RM1,676,000

Ansuran kereta RM800 sebulan memotong kelayakan gaji RM5,000 dari RM583,000 kepada RM402,000, iaitu kurang RM180,000. Selesaikan atau kurangkan hutang kecil sebelum mohon adalah cara paling cepat untuk naikkan kelayakan.

Cara kira kelayakan loan rumah dalam 4 langkah

  1. Kira gaji bersih. Gaji kasar tolak KWSP 11%, PERKESO 0.5% dan SIP 0.2% (kedua-duanya atas gaji sehingga RM6,000) dan cukai PCB. Gaji RM5,000: KWSP RM550, PERKESO dan SIP RM35, PCB kira-kira RM108, jadi gaji bersih kira-kira RM4,307.
  2. Darab dengan had DSR bank. RM4,307 ร— 60% = RM2,584. Ini jumlah semua ansuran bulanan yang bank benarkan, termasuk loan rumah baru.
  3. Tolak komitmen sedia ada. Ansuran kereta, PTPTN, pinjaman peribadi dan kad kredit. Baki ialah ansuran maksimum untuk loan rumah.
  4. Tukar ansuran kepada jumlah pinjaman. Pada 4% selama 35 tahun, setiap RM1,000 ansuran sebulan menyokong pinjaman kira-kira RM225,000.

DSR 60% atau 70%: had kelayakan pinjaman perumahan bank

Kelayakan loan rumah penjawat awam: LPPSA atau bank

Penjawat awam boleh mohon pembiayaan LPPSA, yang ada jadual kelayakan sendiri ikut gaji dan gred. Kira kelayakan LPPSA dengan kalkulator LPPSA dan bandingkan dengan loan bank di LPPSA vs loan bank.

Cara naikkan kelayakan loan rumah

Kesimpulan

Sebagai panduan kasar, setiap RM1,000 gaji kasar menyokong pinjaman rumah kira-kira RM116,000 jika anda tiada hutang lain; hutang sedia ada adalah perkara pertama yang perlu dikurangkan sebelum anda mohon.

Insurans Kandungan Rumah ยท Bandingkan dalam beberapa minit

Lindungi Isi Rumah Anda dari RM64.80 Setahun

Deposit, duti setem dan yuran guaman sudah dikira. Yang selalu terlupa: barang di dalam rumah itu sendiri. Perabot, peralatan dan elektrik anda tidak dilindungi oleh insurans kebakaran bank.

Apa yang dilindungi

  • Kebakaran, kilat dan letupan
  • Banjir
  • Paip pecah dan kerosakan air
  • Kecurian dengan pecah masuk

Manfaat percuma disertakan

  • Sehingga RM2,000 โ€” kerja kontraktor rumah
  • Sehingga RM2,000 โ€” penggunaan kad pembayaran tanpa kebenaran
  • Sehingga RM500 โ€” makanan beku atau mudah rosak
  • Sehingga RM500 โ€” caj bomba
  • Sehingga RM500 โ€” kehilangan dokumen peribadi

Contoh kos sebenar

Premium asasRM60.00
SSTRM4.80
Jumlah setahunRM64.80

Boleh bayar ansuran bulanan dari sekitar RM6.65 sebulan, atau bayar penuh melalui kad, FPX atau tunai di 7-Eleven dan KK Mart.

Ini melindungi KANDUNGAN rumah. Insurans kebakaran ke atas bangunan adalah perkara berasingan dan biasanya diuruskan oleh bank sebagai syarat pinjaman.

Dapatkan Sebut Harga Bjak

Harga bermula, bergantung pada jumlah dilindungi yang anda pilih. Semak sebut harga sebenar sebelum membeli. ยท November 2026

๐Ÿ  NewProjek.com โ€” Projek Hartanah Baru MalaysiaFree

Cari Projek Hartanah Baru di Malaysia

Kondominium, landed, serviced apartment โ€” semua di satu tempat

  • ๐Ÿ—๏ธProjek baru dari pemaju terkemuka
  • ๐Ÿ“Senarai mengikut lokasi & negeri
  • ๐Ÿ’ฐHarga, layout & kemudahan lengkap
  • ๐Ÿ“ŠBandingkan projek sebelum beli
  • ๐Ÿ””Tahu dulu projek baru yang launch
  • โœ…Maklumat terkini & dipercayai
๐Ÿ  Lihat Projek Hartanah Baru โ†’

newprojek.com โ€” direktori projek hartanah baru Malaysia

Kalkulator berkaitan

Anggaran sahaja. Gaji bersih dikira untuk pekerja pemastautin bawah 60 tahun dengan pelepasan individu dan KWSP sahaja. Kelulusan sebenar bergantung pada polisi bank, rekod CCRIS/CTOS dan penilaian hartanah.

Soalan lazim kelayakan loan rumah

Gaji RM3,000 boleh beli rumah harga berapa?
Kira-kira RM398,000, jika anda tiada hutang lain. Gaji kasar RM3,000 memberi gaji bersih kira-kira RM2,649; pada DSR 60% ansuran maksimum ialah RM1,589 sebulan, cukup untuk pinjaman RM358,000 selama 35 tahun pada 4%. Dengan pembiayaan 90%, itu rumah sekitar RM398,000.
Gaji RM5,000 layak loan rumah berapa?
Kira-kira RM583,000 tanpa hutang lain, atau RM402,000 jika anda sudah ada ansuran kereta RM800 sebulan (DSR 60%, 35 tahun, 4%). Komitmen sedia ada adalah faktor terbesar selepas gaji.
Bank guna gaji kasar atau gaji bersih untuk kira kelayakan?
Kebanyakan bank guna gaji bersih, iaitu gaji kasar tolak KWSP, PERKESO, SIP dan cukai PCB. Itu sebabnya kelayakan sebenar lebih rendah dari kiraan guna gaji kasar. Komisen dan elaun tetap kadang-kadang dikira, ikut polisi bank.
Berapa DSR maksimum untuk loan rumah?
Tiada had DSR tetap dari Bank Negara; setiap bank tetapkan sendiri. Kebanyakan bank selesa dengan DSR bawah 60%, dan ada yang terima sehingga 70% atau lebih untuk pemohon bergaji tinggi. DSR = jumlah semua ansuran bulanan (termasuk loan rumah baru) bahagi gaji bersih.
Berapa lama tempoh maksimum loan rumah?
35 tahun, atau sehingga umur 70 untuk kebanyakan bank (ada bank hadkan pada umur 65), mana yang lebih pendek. Umur 40 tahun hanya dapat tempoh 30 tahun, jadi ansuran lebih tinggi untuk jumlah pinjaman yang sama.
Kenapa loan rumah ketiga hanya dapat 70%?
Bank Negara hadkan nisbah pembiayaan kepada 70% untuk pinjaman perumahan ketiga dan seterusnya yang masih belum selesai. Untuk rumah pertama dan kedua, bank biasanya beri sehingga 90%, jadi deposit 10%.
moomooFree RM1,500*Buka Akaun MoomooVersaSave RM100Free RM10ASNBLabur RM100Free RM10GXBankPinjam RM1000Free RM100BjakDari RM0.25/hariHayat ยท Medical CardShopeeShopee 50% OffShopeePayFree RM100*ShopeePayShopeeInsurans TravelRM3 sahaja
ShopeeFree Road TaxInsurans ShopeeSetelFree RM3Setel PETRONAS

Advertisement